TikTok Ikrar Lawan Amerika Syarikat Di Mahkamah

Bytedance berikrar akan melawan Kerajaan Amerika Syarikat susulan keputusan Senat meluluskan larangan TikTok di negara itu.

SAN FRANCISCO, 25 Apr – Ketua Pegawai Eksekutif TikTok pada Rabu berikrar untuk berjuang di mahkamah bagi membatalkan undang-undang baharu Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan aplikasi popular itu bakal diharamkan kerana dakwaan ia dikawal oleh kerajaan China.

Menerusi satu video yang disiarkan dalam aplikasi sosial tersebut, Chew mengecam larangan ke atas TikTok yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Joe Biden.

Kongres AS meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok jika syarikat induknya, Bytedance, tidak menjual kepentingannya kepada syarikat tempatan dengan undian 79 berbalas 18 pada Isnin.

Bytedance berikrar akan melawan Kerajaan Amerika Syarikat susulan keputusan Senat meluluskan larangan TikTok di negara itu.

“Yakinlah, kami tidak akan ke mana-mana,” kata Chew dalam video dua minit yang disiarkan ke akaun korporat utama TikTok.

“Kami yakin dan kami akan terus memperjuangkan hak di mahkamah. Fakta dan perlembagaan menyebelahi kami dan kami menjangkakan akan menang,” tambahnya.

Aplikasi itu memiliki 170 juta akaun di seluruh Amerika Syarikat setakat ini. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *