Tiga Sungai Di Johor Lepasi Paras Bahaya, Banjir Diramal Berperingkat

Beberapa sungai di Johor dilaporkan melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari ini. Foto Arkib

JOHOR BAHRU, 7 JanTiga sungai di negeri ini dilaporkan melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai terbabit adalah Sungai Kahang di Kluang, Sungai Kepala Orang di Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Johor Bahru.

Sungai Kahang yang mana lembangan sungainya di Kampung Contoh, mencatatkan bacaan paras air semasa ialah 14.59 meter berbanding paras normal 14.5 meter.

Sungai Kepala Orang (Kampung Kota Jaya) mencatatkan bacaan paras air semasa 8.67 meter melepasi paras normal lapan meter dan Sungai Skudai (Kampung Laut) yang paras normalnya tiga meter kini mencatatkan bacaan aras semasa 3.09 meter.

Beberapa sungai di Johor dilaporkan melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari ini. Foto Arkib

Terdapat enam sungai di negeri ini melepasi paras amaran iaitu Sungai Lenik di Batu Pahat; Sungai Johor dan Sungai Siam di Kulai; Sungai Tiram dan Sungai dan Sungai Skudai di Johor Bahru serta Sungai Ayer Hitam di Pontian.

Bagi Sungai Muar di Segamat; Sungai Sembrong di Batu Pahat; Sungai Skudai di Kulai; Sungai Sedili Besar dan Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Tebrau di Johor Bahru pula melepasi paras waspada.

Berikutan itu, beberapa daerah di negeri ini akan mula dilanda banjir secara berperingkat bermula jam 11 pagi hingga 5 petang ini.

Dalam pada itu, empat laluan utama di daerah Kota Tinggi ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan susulan dinaiki banjir sehingga 0.4 meter, pagi ini.

Empat laluan itu membabitkan Jalan Kota Tinggi-Kluang (Batu 25) FT91; Jalan Kota Tinggi-Kulai (Ladang Alaf) FT94; Jalan Kota Tinggi-Kluang (Sanggar Kota) FT91 dan Jalan Kota Tinggi-Kluang (Tun Habab) FT91.

Menurut JKR Kota kempat-empat laluan itu dinaiki air banjir sedalam antara 0.3 hingga 0.4 meter dan mula ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak 9 pagi tadi, berikutan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, menasihatkan orang ramai supaya patuh pada notis arahan penutupan laluan dinaiki air banjir bagi keselamatan mereka.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *