Tiga Maut Insiden Tembakan Di Gelanggang Ais

Ahli keluarga mangsa tembakan menangis susulan insiden yang berlaku ketika perlawanan hoki ais sekolah menengah di Dennis M Lynch Arena, Pawtucket, Rhode Island pada 16 Februari 2026.

PAWTUCKET, 17 Feb – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah gelanggang ais di bandar Pawtucket, timur laut Amerika Syarikat pada Isnin, menurut pihak berkuasa.

Rakaman di media sosial menunjukkan remaja panik melarikan diri sebaik kedengaran bunyi tembakan.

Ketua Polis Pawtucket, Tina Goncalves, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada pertikaian keluarga.

Anggota polis memeriksa insiden yang berlaku ketika perlawanan hoki ais sekolah menengah di Dennis M Lynch Arena, Pawtucket, Rhode Island pada 16 Februari 2026.

“Kami ada tiga mangsa yang meninggal dunia, suspek dan dua mangsa lain serta tiga lagi sedang dirawat di hospital dalam keadaan kritikal,” katanya.

Identiti mangsa belum didedahkan, namun pihak berkuasa menegaskan tembakan tersebut bersifat menyasarkan individu tertentu.

Insiden berlaku ketika perlawanan hoki ais sekolah menengah di Dennis M Lynch Arena, hanya dua bulan selepas kejadian tembakan besar-besaran di Universiti Brown yang terletak kira-kira 5.6 kilometer dari lokasi.

Rakaman yang dikongsi di media sosial belum disahkan agensi berita AFP, menunjukkan pemain, pelajar dan penonton bertempiaran mencari perlindungan ketika bunyi tembakan bergema di dalam gelanggang.

Seorang saksi memberitahu stesen tempatan WJAR bahawa dia dan rakan sepasukan bergegas ke bilik persalinan dan menutup pintu untuk berlindung.

Sekurang-kurangnya 12 das tembakan kedengaran dalam rakaman tersebut. Pada mulanya permainan diteruskan, namun apabila tembakan berulang, pemain dan penonton dilihat melarikan diri ke tepi gelanggang atau keluar melalui pintu kecemasan.

Menurut Gun Violence Archive, Amerika Syarikat merekodkan lebih 400 insiden tembakan besar-besaran pada 2025, dengan sekurang-kurangnya 14,703 nyawa terkorban akibat keganasan senjata api sepanjang tahun lalu, tidak termasuk kes bunuh diri. — AFP

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *