Tiada Sekatan Ke Atas Aktivis, Artis Grafik Ke Luar Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan sekatan rasmi terhadap seorang aktivis dan artis grafik daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun berkata, namanya telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalam PDRM berikutan siasatan kes terhadapnya yang masih dijalankan.

Kata beliau, senarai itu tidak membawa maksud sekatan sebaliknya merupakan sebagian daripada prosedur pemantauan yang lazim dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

 

“Berikutan itu, terdapat kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara pada 7 Jun lalu yang telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.

“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskam prosedur sedia ada,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau menambah, PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak kepada setiap rakyat Malaysia.

“Individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *