Tiada Maklumat Peletakan Jawatan Rafizi – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada 27 Mei 2025. Foto Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA, 27 Mei – Status Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terus menjadi perhatian apabila tiada pengesahan rasmi diberikan oleh pimpinan KEADILAN setakat ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan peletakan jawatan Rafizi.

“Saya tidak ada maklumat tersebut (mengenai spekulasi peletakan jawatan Rafizi) buat masa ini, kita tunggu dahulu,” katanya kepada media, hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada 27 Mei 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Fahmi ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini yang menjadi platform kemaskini panduan dan hala tuju kementerian berkenaan.

Terdahulu Rafizi muncul di pentas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada persidangan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-16 yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi tewas jawatan Timbalan Presiden KEADILAN kepada Nurul Izzah Anwar pada Pemilihan KEADILAN 2025 yang diadakan di Johor Bahru minggu lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *