Tiada Ketua Bahagian Ikut Muhyiddin Lepas Dipecat Umno

Pemecatan Hamzah oleh Muhyiddin membawa kepada ramai ketua bahagian dan jawatankuasa Bersatu meletak jawatan dan dibubarkan sejak 13 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Tiada seorang pun Ketua Bahagian UMNO yang mengikuti jejak langkah Muhyiddin Yassin selepas dipecat sebagai Timbalan Presiden parti itu, dedah seorang bekas pegawainya hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad berkata, malah sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu khususnya di Parlimen Pagoh kekal utuh biarpun disingkirkan daripada UMNO.

“Malah UMNO Bahagian Pagoh tidak dibubarkan. Muhyiddin kata siapa nak ikut dia ikutlah. Tak nak ikut tak mengapa.

Hantaran di Facebook Marzuki pada 18 Februari 2026.

“Akhirnya hanya beberapa orang pemimpin Umno Bahagian Pagoh yang mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin menubuhkan Bersatu Bahagian Pagoh.

“Umno Bahagian Pagoh kekal utuh dengan Timbalan Ketua Bahagian dilantik memangku jawatan Ketua Bahagian,” katanya di Facebook.

Ulasan berkenaan dipercayai sebagai menyindir beks timbalan presiden, Hamzah Zainudin yang seakan ‘memberontak’ dengan pengumuman ketua bahagian Bersatu keluar parti beramai-ramai sejak seminggu lalu.

Untuk rekod, setakat ini kira-kira 60 bahagian mendakwa telah membubarkan jawatankuasa masing-masing melibatkan kira-kira 12,000 ahli parti itu yang hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin sejak memecat Hamzah pada 13 Februari lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *