Tiada Cuti Umum 31 Januari – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. Foto Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 24 JanKerajaan tidak memberikan cuti umum khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu tidak dibincangkan Jemaah Menteri minggu lalu.

“Malangnya hari ini tidak ada pengumuman sedemikian diputuskan Jemaah Menteri melainkan Perdana Menteri memikirkan ada kewajarannya.

“Untuk pengetahuan, mesyuarat Kabinet seterusnya adalah selepas majlis pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Beliau mengulas penyebaran maklumat di media sosial yang menyatakan 31 Januari akan diumumkan cuti sempena pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *