Kerajaan Nafi Subsidi RON95 Ditarik Balik – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. Foto Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 24 Jan – Kerajaan menafikan dakwaan sesetengah pihak akan menarik balik subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan Jemaah Menteri.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata pada masa sama tidak ada cukai baharu seperti tersebar di media sosial kononnya cukai baharu akan dilaksanakan tahun ini.

“Jelas sekali sebaran itu tidak tepat, hanya timbulkan kekeliruan dan kecurigaan.

“Justeru, orang awam perlu sentiasa berhati-hati menyebar dan menerima maklumat palsu termasuk grafik ini dan jika ada keraguan rujuk kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam tersebar maklumat dalam bentuk grafik mengenai cukai baharu yang bakal diperkenalkan kerajaan termasuk penarikan balik subsidi petrol RON95.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Untuk rekod sebelum ini, Menteri Ekonomi menyatakan kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) mulai Januari yang memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *