Terus Waspada Trend Penularan Kes Covid-19 Di PPS – KEADILAN Terengganu

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Alias Ismail berharap agar mangsa banjir terus berwaspada dengan penularan Covid-19 di PPS. Foto Arkib

KUALA TERENGGANU, 30 Dis – Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) diingatkan agar terus berwaspada dengan jangkitan COVID-19 susulan 14 kes baharu dikesan dalam kalangan mereka pada Jumaat.

Ini diingatkan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Alias Ismail yang bimbang dengan trend jangkitan yang berlaku di PPS di negeri ini dan Kelantan.

”Orang ramai diingatkan agar terus mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan memeriksa tahap kesihatan masing-masing bagi mengelakkan kluster PPS menjadi ancaman terhadap kesihatan awam.

”Saya berharap agar semua pihak tidak mengabaikan nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan tenang dan bebas jangkitan COVID-19 sementara banjir mulai surut,” katanya.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Alias Ismail berharap agar mangsa banjir terus berwaspada dengan penularan Covid-19 di PPS. Foto Arkib

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini penularan kes COVID-19 iaitu sembilan daripada kes berkenaan dikesan di Kelantan manakala bakinya di Terengganu.

Terdahulu KKM memaklumkan daripada 14 kes yang dilaporkan, 12 daripadanya dikategorikan sebagai sporadik iaitu mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS atau di rumah, manakala dua kes memerlukan rawatan di hospital.

Tambah KKM, menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan setiap hari di PPS, pihaknya mengesan 183 kes jangkitan kulit, 125 kes jangkitan respiratori akut (ARI), tujuh kes konjunktivitis dan tiga kes gastroenteritis akut (AGE).

Mengulas lanjut, Alias berharap agar mangsa banjir terus diberi pemantauan sementara menunggu situasi banjir di kawasan masing-masing reda sepenuhnya.

”Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan kerana prihatin dengan keadaan banjir di Pantai Timur melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

”Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan pemimpin yang tidak mengenal perbezaan politik sanggup turun melihat sendiri kesusahan rakyat di Kelantan pada Khamis,” tambahnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *