Dr Zaliha Arah DBKL Banteras Ulat Tempat Letak Kereta

Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 30 DisDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan supaya membanteras ulat-ulat tempat letak kereta sekitar ibu negara.

Difahamkan ratusan lokasi di pusat bandaraya seperti Bukit Bintang serta Sentul, Ampang, Damansara dan lain-lain disyaki menjadi kawasan kegiatan haram itu berleluasa hingga menimbulkan rungutan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, arahan itu dibuat berdasarkan kepada aduan yang diterima beliau kebelakangan ini.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parking di Kuala Lumpur.

“Saya telah arahkan DBKL untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking seperti ini. Tindakan seperti ini tak sepatutnya berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa. Foto Arkib

Dr Zaliha mengulas isu berkenaan susulan daripada klip video tular di media sosial apabila seorang pengguna jalan raya diugut supaya membayar caj tempat letak kereta awam di sekitar Bukit Bintang pada waktu malam.

Dalam video itu, kereta milik persendirian terbabit kelihatan calar-balar disyaki dilakukan seseorang apabila enggan membayar caj berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *