TERKINI: Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik Kanan PM

Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 November 2025. Foto Shamsul Iskandar Mohd Akin
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan kepada perdana menteri.
Menerusi hantaran di X, Shamsul Iskandar berkata, beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” ujarnya.
Shamsul Iskandar dilantik ke jawatan itu tidak lama selepas pembentukan Kerajaan Madani pada Disember 2022.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
