PM Thailand Sokong PM Anwar Bantah Kritikan Malaysia Campuri Urusan Negara Jiran

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tetap akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bagi menandatangani perjanjian gencatan senjata disaksikan Anwar dan Trump pada 26 Oktober 2025.

NAIROBI, 25 Nov – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menegaskan, kritikan oleh beberapa kumpulan Thailand yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mencampuri urusan negara jiran adalah tidak adil.

Perkara itu disampaikan Anutin menerusi panggilan telefon awal pagi semalam, dedah Anwar.

“Beliau menghubungi saya pada waktu pagi untuk memberi jaminan bahawa… anda tahu… apa yang didakwa (oleh kumpulan Thailand) itu tidak benar.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi setelah menamatkan lawatan kerja ke tiga negara Afrika pada 24 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Beliau bersikap baik. Beliau berpendapat kritikan itu tidak adil. Beliau berkata, ‘Anwar, selagi kita tahu peranan anda… anda memudahkan ini (perdamaian Thailand dan Kemboja)’.”

Anwar mendedahkan panggilan telefon antara beliau dan Anutin kepada media ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada penghujung lawatan tiga negaranya di Afrika malam tadi.

Perdana Menteri berkata, yang lebih mengejutkan beliau berbanding kritikan itu adalah reaksi keterlaluan sesetengah rakyat Malaysia terhadap perkara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi setelah menamatkan lawatan kerja ke tiga negara Afrika pada 24 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apa yang lebih mengejutkan saya ialah ada sebahagian rakyat Malaysia yang terlalu teruja bahawa kita dikritik di Thailand… untuk apa?”

“Ini bukan mengenai Anwar… terdapat ramai pihak lain yang terbabit (untuk membantu menamatkan konflik sempadan Thailand-Kemboja).”

“Pengkritik nampaknya beranggapan bahawa ia hanya peranan seorang individu… itu tidak benar,” tambah beliau, sambil menyatakan beliau menantikan pertemuan dengan Anutin hari ini sebelum berlepas ke Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi setelah menamatkan lawatan kerja ke tiga negara Afrika pada 24 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ahad lalu, Anwar menolak dakwaan oleh kumpulan di Thailand bahawa beliau mencampuri urusan mereka dengan cuba menyelesaikan pertikaian sempadan negara itu dengan Kemboja.

Beliau, berkata dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan mereka yang mengutuk beliau seharusnya memahami peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara sebelum mengeluarkan kenyataan terburu-buru.

Dilaporkan bahawa sekumpulan individu yang mengibarkan bendera kebangsaan Thailand dan sepanduk tiba di Kedutaan Malaysia di Jalan Sathon, minggu lalu dan menuduh Anwar, sebagai Pengerusi ASEAN, mencampuri usaha Thailand untuk menjaga kedaulatannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Hun Manet dan Anutin Charnvirakul pada 13 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Mereka menuntut beliau tidak memberi tekanan kepada Thailand untuk berunding dengan Kemboja mengenai kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Kumpulan itu mengkritik Anwar atas dakwaan ‘campur tangan politik’ dan mendakwa Malaysia serta Amerika Syarikat (AS) cuba memberi pengaruh yang tidak wajar terhadap keputusan Thailand.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *