TERKINI – Rafizi Sahkan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022 Dibuka Kepada Semua Anggota!

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Memandangkan terlalu banyak permintaan daripada anggota dan penggerak akar umbi bagi menghadiri Konvensyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang akan diadakan esok di Shah Alam, Selangor, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memgesahkan semua anggota parti terbuka untuk berada sepanjang penganjuran konvensyen berkenaan.

Menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, penyertaan dibuka kepada semua anggota KEADILAN dari seluruh negara.

Dengan nada berseloroh, beliau memohon maaf sekiranya berlaku kesesakan dan kurang selesa kerana jangkaan yang hadir kini melebihi daripada sasaran.

“Atas permintaan ramai, penyertaan Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 kini dibuka kepada semua anggota KEADILAN dari seluruh negara.

“Kalau sesak dan kurang selesa, ha3 jangan marah saya.

Insya Allah kita bersedia utk PRU15 jika dipanggil dalam masa terdekat,” ciap beliau yang kini mendapat respon baik daripada pengumumannya.

Konvensyen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan dilangsungkan bermula jam 2 petang dan pelbagai program telah disusun antaranya menyuntik semangat para peserta mempersiapkan jentera masing-masing menerusi aplikasi CISTA yang dibangunkan beberapa bulan lalu.


Siaran langsung menerusi Facebook Live dan Youtube Live turut disedikan jawatankuasa penganjur yang kini sedang membuat persiapan akhir penganjuran yang dijangka melebihi 3,000 orang bagi semua rakyat Malaysia menonton dan mengikuti hala tuju KEADILAN bagi PRU-15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *