PANAS – Pergolakan Dalaman Umno Makin Ketara?

Pertembungan antara Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Ismail Sabri Yaakob bukan lagi jadi rahsia dalaman setelah desakan agar diadakan PRU15 segera tidak diendahkan.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kalau betul pun apa salahnya.

Tapi kalau tak betul mengapa semakin ramai pihak yang tampil dengan maklumat yang mudah diperolehi di hujung jari?

Walaupun Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menafikan laporan yang mengatakan Mesyuarat Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri, ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa ‘kluster mahkamah’ semakin terdesak membebaskan diri masing-masing secepat mungkin.

Menurut Shahril, sebarang kenyataan lain apatah lagi sebagai ‘sumber’ kononnya tidak boleh disifatkan sebagai benar, melainkan kenyataan rasmi dari parti.

“Agenda pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan UMNO atau menggambarkan seolah-olah kepimpinan UMNO bergaduh tidak perlu dipercayai,” kata beliau dalam hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Shahril turut menegaskan, laporan berasaskan ‘sumber’ semata-mata mensensasikan cerita tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melapor berita.

“Butiran perbincangan dalam mesyuarat ialah rahsia. Sebagai pemegang jawatan, kami tidak boleh membocorkan butiran semata-mata mahu menjadi ‘reporter’.

“Tetapi dalam hal ini, untuk jelas, tidak ada sebarang kebenaran dalam dakwaan bahawa Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri apatah lagi pemecatan seorang PM dari UMNO,” tulis Shahril lagi.

Terdahulu, Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, mahu menyaman Astro AWANI dan Malaysiakini atas dakwaan membuat laporan dengan memetik sumber tidak berasas, serta mencetuskan persepsi negatif terhadap partinya.

Dalam catatan di Facebooknya, Asyraf Wajdi berkata, beliau telah berbincang dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dan peguam UMNO berhubung tindakan saman itu.

Dari segi etika kewartawanan, kedua-dua portal media berkenaan pasti tidak akan melaporkan berita sensasi sedemikian jika tidak mendapat maklumat sahih atas alasan apa sekalipun.

Apapun, kita sama-sama nantikan sahaja pertembungan terunggul dalam parti reput itu ditambah lagi dengan tarikh Belanjawan 2023 dipercepatkan dari 28 kepada 7 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *