TERKINI: PH, UMNO Sepakat Kekal Kerjasama Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Kenyataan media bersama Pakatan Harapan (PH) dan Umno selepas mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 5 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik di Negeri Sembilan bagi menjamin kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, majlis perundingan tersebut menghormati pendirian diputuskan oleh Biro Politik kedua-dua pihak berhubung isu di Negeri Sembilan.

Kenyataan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di X pada 5 Mei 2026.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO dan PH mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat,” ujar kenyataan itu pada Selasa.

Selain itu, kepimpinan tertinggi kedua-dua blok politik tersebut turut bersetuju agar sebarang keputusan kerajaan Negeri Sembilan berpotensi menyentuh sensitiviti atau menimbulkan perselisihan faham perlu dirujuk segera kepada Majlis Perundingan Pimpinan.

“Langkah berkenaan diambil bagi memastikan keharmonian pentadbiran terus terpelihara dan mengelakkan sebarang ruang konflik yang boleh menjejaskan kerjasama erat antara UMNO dan PH di peringkat negeri,” tambah kenyataan.

Terdahulu, mesyuarat berkenaan berlangsung bertujuan menyelaraskan hala tuju politik antara kedua-dua pihak dalam mendepani isu-isu semasa di bawah payung Kerajaan Perpaduan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *