TERKINI: Najib Didapati Bersalah Atas 21 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Najib didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima wang berjumlah RM2.08 bilion, tujuh pertuduhan memindahkan dana dengan nilai RM2.05 bilion dan lima pertuduhan menggunakan dana sebanyak RM22.6 juta pada 26 Disember 2025. Foto Bloomberg
PUTRAJAYA, 26 Dis – Bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Razak didapati bersalah atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu dalam membacakan keputusan penghakiman sebentar tadi.
Najib didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima wang berjumlah RM2.08 bilion, tujuh pertuduhan memindahkan dana dengan nilai RM2.05 bilion dan lima pertuduhan menggunakan dana sebanyak RM22.6 juta.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).
Najib boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara hingga lima tahun atau kedua-dua sekali bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, bekas Presiden UMNO itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Ketika keputusan itu dibacakan, Najib yang memakai sut biru kelihatan tenang mendengar keputusan mahkamah itu.
Manakala, ahli keluarganya yang hadir termasuk isteri, Datuk Seri Rosmah Mansor bersama anak-anaknya juga dilihat tunduk dalam kamar mahkamah.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
