TERKINI: Azam Ucap Tahniah Pasukan Penyiasat, Pendakwaan, Penat Lelah Sejak 2015

Azam Baki menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pegawai penyiasat serta pasukan pendakwaan susulan keputusan hakim dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion dihadapi Najib Razak pada 26 Disember 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 26 Dis – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, hari ini menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pegawai penyiasat serta pasukan pendakwaan susulan keputusan hakim dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion dihadapi Najib Razak.

Katanya, pegawai penyiasat serta pasukan pendakwaan bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak awal siasatan 1MDB dimulakan pada Julai 2015 sehingga sampai kepada pengumuman keputusan penghakiman kes ini.

Foto pelayaran kapal layar bernama Alfa Nero yang dinaiki Najib dan keluarganya bersama Jho Low pada tahun 2009 di perairan selatan Perancis.

“Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan ketekunan luar biasa pegawai penyiasat, khususnya dalam mendapatkan keterangan dan bukti sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Siasatan ini berdepan dengan pelbagai cabaran perundangan, teknikal dan bidang kuasa, namun pasukan penyiasat kekal beriltizam untuk memenuhi piawaian perundangan yang ketat bagi membolehkan kes ini dibawa dan dibicarakan di mahkamah.

Najib menghadapi pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak perbicaraan bermula pada 2018 hingga 26 Disember 2025.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan ini, khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

– Oleh Ilah Hafiz Aziz

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *