TERKINI: Korban Serangan Peluru Berpandu India Di Pakistan Kini 8 Orang

Anggota keselamatan mengawal kawasan sambil penduduk tempatan dipindahkan dari kediaman mereka berhampiran lokasi serangan di Muzaffarabad, ibu negara Kashmir yang ditadbir Pakistan, selepas India melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah berkenaan. Foto AFP

ISLAMABAD, 7 Mei – Angka korban serangan peluru berpandu India ke atas Pakistan meningkat kepada lapan orang dengan sekurang-kurangnya 35 lagi cedera.

Jumlah itu didedahkan Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, Ketua Pengarah Perhubungan Awam Antara-Perkhidmatan (ISPR) Angkatan Tentera Pakistan dalam sidang media ringkas.

Chaudhry berkata tentera India menyasarkan enam lokasi berbeza di Pakistan dengan melancarkan 24 serangan.

Chaudhry berkata tentera India menyasarkan enam lokasi berbeza di Pakistan dengan melancarkan 24 serangan. Foto X

Serangan terbesar berlaku di Ahmedpur Sharqia, berhampiran bandar Bahawalpur di wilayah Punjab. Menurut Chaudhry, sebuah kawasan masjid disasarkan dan lima orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun.

Serangan lain berlaku di bandar Muridke, sebuah kampung berhampiran bandar Sialkot, dan Shakargarh, juga di wilayah Punjab.

Dua lokasi di Kashmir yang ditadbir Pakistan – Muzzafarabad dan Kotli turut diserang dan dua buah masjid dimusnahkan. Seorang gadis berusia 16 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun terbunuh dalam serangan tersebut. – AL JAZEERA


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *