TERKINI: Jemaah Menteri Sabah Selesai Angkat Sumpah

Hajiji mengetuai barisan kabinet baharu Sabah yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada 1 Disember 2025. Foto Bernama

KOTA KINABALU, 1 Dis – Majlis mengangkat sumpah Jemaah Menteri Kerajaan Sabah yang dibarisi komposisi tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh Menteri, baru berlangsung di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Tiga Timbalan Ketua Menteri itu membabitkan gabungan dua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), serta Presiden UPKO, Ewon Benedick (Kadamaian).

Dr Joachim, yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) akan turut mengetuai Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, manakala Masidi akan meneruskan portfolio terdahulu sebagai Menteri Kewangan dalam pentadbiran negeri baharu.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua pada 30 November 2025. Foto Bernama

Ewon pula akan mengetuai Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Perdagangan.

Berikut merupakan portfolio tujuh barisan Menteri:

  1. Datuk Arifin Arif (GRS) – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

  2. Datuk Jamawi Jaafar (PH) – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Datuk Jamawi Jaafar (PH) akan menggalas jawatan sebagai Menteri di Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
  1. Datuk Rubin Balang (GRS) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar

  2. Datuk James Ratib (GRS) Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

  3. Datuk Jafry Ariffin (BN) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

  4. Datuk Julita Mojungki (GRS) – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti.

  5. Datuk Nizam Titingan (GRS) – Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *