Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Ke Kabinet – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat pasukan Jawatankuasa Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, dan dibincangkan secara mendalam bersama pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, laporan itu merangkumi penelitian serta pemeriksaan JKMR terhadap Laporan Tahunan SPRM bagi 2021 hingga 2024, untuk jawatankuasa itu mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah serta cabaran dihadapi SPRM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat pasukan Jawatankuasa Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto PMO

“Setiap syor dan dapatan dalam laporan itu akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuhkan, ketirisan dibendung, dan keyakinan rakyat diperteguhkan.

“Komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat pasukan Jawatankuasa Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto PMO

“Insya-Allah, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat jawatankuasa itu yang diketuai Pengerusinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah, dan mendengar pembentangan laporan tahunan mereka buat kali pertama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat pasukan Jawatankuasa Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto PMO


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *