Terbuka Denmark: Impian Tang Jie-Ee Wei Tak Kesampaian

Tang Jie-Ee Wei tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam pertarungan tiga set di Odense, Denmark pada 18 Oktober 2025. Foto BAM
ODENSE, 18 Okt – Impian Chen Jie-Toh Ee Wei untuk menamatkan kemarau gelaran dalam Jelajah Dunia BWF musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir di separuh akhir Terbuka Denmark 2025, sebentar tadi.
Dalam aksi sengit di Arena Jyske Bank, di sini, juara dunia itu tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam pertarungan tiga set, 17-21, 21-18, 18-21 yang memakan masa 65 minit.
Tang Jie-Ee Wei yang bermula perlahan di set pertama bangkit dengan corak permainan lebih tersusun di set kedua untuk menyamakan kedudukan sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Namun, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan pada set ketiga menjadi punca kekalahan mereka 18-21.
Kejayaan itu seolah-olah Zhen Bang-Ya Xin melunaskan dendam terhadap Tang Jie-Ee Wei selepas tunduk kepada pasangan negara itu dalam final Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

