Taufan Shanshan Dijangka Membadai Selatan Jepun Hari Ini

Taufan Shanshan dijangka melanda selatan Jepun hari ini dengan kelajuan sehingga 215 kilometer sejam. Foto TVBS
TOKYO, 26 Ogos – Taufan Shanshan yang membawa hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda selatan Jepun, hari ini.
Menurut AFP, ia dijangka melintasi kawasan pulau Amam pada Rabu, dengan angin kencang sehingga 215 kilometer sejam sebelum ke arah pulau Kyushu.
Terdahulu, Taufan Ampil yang membawa hujan lebat telah menyebabkan ratusan penerbangan dan kereta api tergendala di Tokyo.
Kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas Ribut Tropika Maria melanda bahagian utara Jepun.
Menurut kajian yang dikeluarkan bulan lalu, taufan di rantau berkenaan seringkali berlaku disebabkan perubahan iklim. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

