Brazil Kerah Pesawat Tentera Lawan Kebakaran Hutan Di Sao Paulo

Sebabagian hutan hujan Amazon terbakar akibat pembakaran hutan haram di wilayah Labrea, Sao Paulo pada 20 Ogos. Foto AFP via Getty Images

RIO DE JANERIO, 26 Ogos – Kerajaan Brazil mengerahkan pesawat tentera sebagai sebahagian daripada ‘perang’ menentang kebakaran hutan di negeri tenggara, Sao Paulo, di mana puluhan bandar berada dalam keadaan berjaga-jaga, kata pegawai pada Ahad.

Berikutan mesyuarat krisis Kabinet Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, Menteri Alam Sekitar, Marina Silva, mengumumkan ‘perang menentang kebakaran’ dan berkata polis Persekutuan sedang menyiasat keadaan luar biasa yang menyebabkan kerosakan dan gangguan yang meluas.

Tarcisio de Freitas, gabenor Sao Paulo, mengisytiharkan darurat di 45 majlis perbandaran di negeri terbesar Brazil dengan 44 juta penduduk dan berkata dua orang yang disyaki memulakan kebakaran telah ditangkap.

Dengan asap tebal menyelubungi kawasan yang luas Brazil, malah sampai ke ibu kota, Brasilia, 720 kilometer (km) ke utara, menyebabkan beberapa penerbangan dibatalkan dan perjalanan di beberapa jalan dihentikan.

Rakaman dron menunjukkan tumbuh-tumbuhan terbakar di sebelah kondominium mewah di bandar Ribeirao Preto, negeri Sao Paulo, Brazil. Foto AFP

Dua pekerja kilang meninggal dunia pada Jumaat di Urupes, di bahagian utara negeri itu, ketika memadamkan kebakaran, kata pegawai.

Pesawat tentera yang dikerahkan termasuk KC-390 Embraer, sebuah kapal pengangkut tentera ditukar yang boleh menurunkan sehingga 12,000 liter air di zon kebakaran.

Embraer telah dihantar ke salah satu bandar yang paling terancam, Ribeirao Preto, kira-kira 300km dari Sao Paulo.

Bagaimanapun, kata Lula, pesawat itu ‘tidak dapat beroperasi kerana asaptebal’,” sambil menambah: “Itu memberi anda gambaran mengenai masalah sebenar.”

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan bandar itu diselubugi kegelapan akibat kepulan asap tebal, yang turut memaksa penduduk setempat berpindah.

Di sekitar rantau itu, banyak ladang telah terbakar dan berpuluh-puluh lembu telah mati.

Gabenor de Freitas berkata 10 juta reais (RM7.8 juta) diperuntukkan bagi membantu petani yang kehilangan hasil tanaman atau ternakan.

Di tengah-tengah kemarau yang berpanjangan, negeri Sao Paulo mengalami bulan paling teruk untuk kebakaran dalam beberapa dekad, dengan 3,480 kebakaran berasingan dikenal pasti, menurut Institut Penyelidikan Angkasa Negara (INPE). – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *