Tarif AS: Perbincangan Berlangsung Amat Baik – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38, di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Pertemuan di Washington membincangkan tarif dikenakan ke atas eksport Malaysia berlangsung dengan amat baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima perkembangan positif daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, selepas perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Howard Lutnick, semalam.

“Perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan dan wakil AS berlangsung dengan cemerlang, dan kita bukan sahaja membentangkan kepentingan Malaysia, tetapi turut mengemukakan kes untuk ASEAN secara keseluruhan.

“Saya menerima mesej teks daripada (mereka) dan mereka maklum pertemuan berlangsung amat baik,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38.

Tengku Zafrul berkunjung ke Washington semalam bagi menyambung rundingan tarif terhadap barangan Malaysia.

Sebelum ini, beliau berkata perbincangan menumpukan kepada tiga perkara utama: mengurangkan kadar tarif semasa 24%, menangani halangan bukan tarif dan mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan antara Malaysia dan AS.

Eksport Malaysia ke AS berdepan tarif 24% melainkan terdapat persetujuan dicapai sebelum jeda 90 hari berakhir pada 8 Julai ini.

Kebanyakan negara-negara ASEAN turut mengalami situasi serupa seperti Vietnam yang dikenakan tarif sebanyak 46%.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *