Tangani Isu Penutupan Kilang Goodyear Dengan Fakta Bukan Fitnah

Penutupan kilang Goodyear di Shah Alam dijadikan modal pembangkang kononnya kerajaan tidak mementingkan nasib 550 pekerja yang akan diberhentikan tahun ini. Foto Arkib

PENDAPAT, 7 MacPengumuman Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, yang berkata langkah penutupan kilang  sebahagian inisiatif transformasi “Goodyear Forward” untuk memperkemas operasi syarikat, harus ditangani dengan persepsi positif terutama di platform media sosial

Oleh kerana kilang di Shah Alam itu yang mula beroperasi pada 1972 antara yang terawal di negara ini, ia sudah tentulah menerbitkan kritikan rakyat terutama di platform TikTok kononnya ia merupakan kegagalan kerajaan menangani isu kehilangan 550 pekerjaan bagi kakitangan kilang itu.

Difahamkan Goodyear telah bertapak di Tanah Melayu sejak 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk model kereta pertama negara, Proton Saga, pada 1985.

Ia juga mengundang respon bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang menyeru kerajaan segera mengambil langkah bersesuaian pada perkembangan sekitar rancangan penutupan kilang perusahaan tayar itu.

Penutupan kilang Goodyear di Shah Alam dijadikan modal pembangkang kononnya kerajaan tidak mementingkan nasib 550 pekerja yang akan diberhentikan tahun ini. Foto Arkib

Menurut Rafidah. kerajaan harus menghimpun maklumat menyeluruh bilangan syarikat yang telah menghentikan operasi di Malaysia dan menganalisis faktor di sebalik penutupan itu.

“Terkejut apabila terbaca berita tentang Goodyear, yang selepas sekian lama berada di sektor industri kita, membuat keputusan untuk menutup operasinya di Malaysia.

“Kita harus renung dan memahami perkembangan ini,” kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dalam kenyataan.

“Kerajaan harus segera respons pada perkembangan seperti ini. Sambil kita menguar-uarkan pelaburan berbilion nilai yang mungkin berlaku, serta jangkaan-jangkaan yang ditimbulkan dan dibincang, adalah amat penting entiti perindustrian dan perniagaan yang sudah bertapak tidak ‘tutup kedai’ dan berhijrah ke negara lain.”

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika menjelaskan isu penutupan kilang Goodyear di Shah Alam pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Rafidah mengulas pengumuman syarikat itu bahawa ia akan menutup kilangya sekitar Jun ini dan mengakibatkan 550 pekerja kehilangan mata pencarian.

Sementara itu, pendedahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menolak kaitan penutupan kilang syarikat pengeluar tayar itu dengan kegagalan kerajaan memberi pencerahan tentang apa sebenarnya yang berlaku. 

Amirudin berkata, daripada maklumat yang diperolehinya, syarikat berkenaan yang dalam proses menstruktur perniagaan mereka, sebelum ini turut menutup kilang di Ohio, Amerika Syarikat tahun lalu.

“Goodyear turut melakukan penstrukturan semula dengan pemberhentian 1,200 pekerjanya di Eropah Timur, Afrika dan Asia. 

“Ini dilakukan kerana penstrukturan perniagaan, disebabkan tidak boleh bersaing lagi dengan pesaingnya yang lain,” katanya ketika membahaskan usul junjung kasih ke atas Titah Diraja, di Dewan Rakyat hari ini. 

Justeru, Ahli Parlimen Gombak itu berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan susulan keputusan syarikat terbabit yang dibuat atas pertimbangan perniagaan dan penstrukturan semula syarikat itu di peringkat global, bukan hanya di Malaysia saja.

Maka pihak pembangkang berhentilah menuduh kerajaan menjadi punca kepada penutupan kilang terbabit dan berhentilah membuat tohmahan kepada rakyat Kerajaan MADANI membiarkan kilang itu ditutup sedangkan faktanya telah dijelaskan panjang lebar.

Manakala netizen yang ‘terpengaruh’ dengan siaran media syarikat itu diminta mendapatkan maklumat sebenar sebelum menyebarkannya kerana perbuatan menyampaikan berita palsu satu jenayah yang boleh didakwa.

Pun begitu, jalan penyelesaian tuntas harus dicari bagi perusahaan yang masih beroperasi agar tidak menutup atau memindahkan operasi mereka ke negara lain ekoran isu percukaian, kos buruh dan sebagainya.

Sekali lagi, tak pasti, jangan kongsi!


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *