Tan Sri Abu Sahid Hadapi 17 Pertuduhan Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Lebih RM400 juta

Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melibatkan nilai berjumlah RM452 juta.

KUALA LUMPUR, 8 Sep – Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta, dengan jumlah kesemuanya bernilai RM452 juta.

Kesemua pertuduhan adalah berkaitan cadangan projek Pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II) bermula dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA bagi pihak Maju Holdings Sdn Bhd.

Abu Sahid yang dibenarkan berada di luar kandang tertuduh dengan berkerusi roda kerana menghadapi masalah kesihatan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Azam berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara tahun 2016 hingga 2020 di mana dana sukuk yang diluluskan berjumlah kira-kira RM1.35 billion.

“Faham… tidak mengaku salah,” katanya setiap kali selepas pertuduhan berkenaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Maju Holdings adalah pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) yang mengendalikan pembinaan dan operasi Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya – KLIA.

Bagi kesemua empat pertuduhan pecah amanah, Abu Sahid didakwa sebagai ejen iaitu Pengarah Maju Holdings, melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Bukit Tunku, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *