Isteri Pengarah Projek Lebuh Raya MEX II Didakwa Terima RM67.1 Juta

Isteri Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd yang terlibat dengan cadangan projek pembinaan Lebuh Raya MEX II, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM67.1 juta, lapan tahun lalu. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 8 Sep – Isteri Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd yang terlibat dengan cadangan projek pembinaan Lebuh Raya MEX II, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM67.1 juta, lapan tahun lalu.

Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi, 48, yang memakai kot berwarna hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang sebanyak RM67,136,588.43 dalam akaun CIMB Bank miliknya daripada akaun bank sama kepunyaan suaminya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melibatkan nilai berjumlah RM452 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Bukit Tunku antara 6 Mac hingga 27 November 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Azam berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara tahun 2016 hingga 2020 di mana dana sukuk yang diluluskan berjumlah kira-kira RM1.35 billion.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib memaklumkan bahawa kes berkenaan termasuk dalam pertuduhan yang tidak boleh diikat jamin.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk memberikan jaminan, beliau mencadangkan jumlah jaminan ditetapkan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadly Mohd Zamry.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh bersetuju dengan cadangan tersebut kerana jumlah berkenaan dilihat adil untuk anak guamnya.

Tan Sri Abu Sahid Hadapi 17 Pertuduhan Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Lebih RM400 juta

“Kami juga tidak membantah sekiranya anak guam dikenakan syarat tambahan terbabit,” katanya.

Hakim Rosli kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebagaimana yang dipersetujui kedua-dua pihak dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November depan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *