Tak Perlu ‘Buang Masa’, Ahmad Samsuri Gagal Lebih Awal

Menantu Abdul Hadi sendiri menolak cadangan melantik Ahmad Samsuri yang mengatakan Pas berisiko hilang 37 kerusi pada PRU 16.
KUALA LUMPUR, 22 Feb – Tidak perlu ‘membuang masa’ untuk menilai sama ada Ahmad Samsuri Mokhtar mampu menggalas peranan baharu sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana telah terbukti gagal sedari awal 2018 lagi.
Ia ditegaskan Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Titiwangsa yang secara menyindir kenaikan ringgit kepada RM3.88 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini adalah ‘disebabkan’ pelantikan Menteri Besar Terengganu itu tidak sampai 24 jam sejak diumum semalam.
”Sudahlah gagal sebagai MB (Menteri Besar), bonus penjawat awam Terengganu untuk raya pun tak mampu disediakan tapi muka tak malu minta kat PMX, ini ke ‘material’ bakal PM dari pembangkang,?” soal netizen.
“Perkara semudah ini pun blh salah…klu jadi kerajaan blh gelap masa depan negara…,” ulas netizen yang menyindir kesilapan pada infografik di laman Facebook pemuda parti penunggang agama itu.
Seorang lagi netizen menulis “Masa saya belajar di UK dulu in the mid 90s, Leeds terkenal sebagai lubuk walaun. Dia pun nampak lama di Leeds. Sekarang tak sure adakah Leeds masih begitu…,” katanya.
Terdahulu, seorang penganalisis memberi tempoh tiga hingga enam bulan pertama kepimpinan Ahmad Samsuri sebagai pengerusi bakal mencerminkan sama ada beliau mampu menonjol dan memperkukuh gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau diminta mengulas komen penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun Menteri Besar Terengganu itu dianggap sebagai seorang teknokrat Pas, beliau masih dilihat sebagai pemimpin peringkat negeri dan belum menyerlah di peringkat nasional.
“Dari segi prestasi di Terengganu, saya tidak nampak pencapaian yang menonjol. Selain itu, beliau dilantik sebagai Pengerusi PN ketika gabungan itu bukan kerajaan,” katanya dipetik akhbar tempatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


