Tak Benar Kerajaan Mahu Kurangkan Kouta BUDI95 – Chin Tong

Liew Chin Tong menjelaskan kenyataan beliau ketika satu majlis pagi ini juga tidak menyentuh sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, terutama untuk mengumumkan had 150 liter pada 12 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sebarang pengumuman baharu berkaitan pengurangan kuota bulanan bahan api RON95 di bawah program BUDI95 adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Melalui muat naik di Facebook, Liew menjelaskan kenyataan beliau ketika satu majlis pagi ini juga tidak menyentuh sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, terutama untuk mengumumkan had 150 liter berpotensi menjadi dasar kerajaan.

Mengulas lanjut, katanya apa yang dijelaskan beliau ialah BUDI95 adalah mekanisme yang baik kerana ia memberikan data menyeluruh untuk memahami corak perjalanan harian rakyat Malaysia.

Warganet berkongsi baki kuota BUDI95 di media sosial sebelum pelarasan kepada 200 liter bermula tengah malam 1 April 2026. Foto Threads azfarzk

Keutamaan kerajaan dan seluruh masyarakat kini, katanya adalah untuk memastikan semua mempunyai bekalan petrol yang mencukupi untuk tempoh yang paling lama.

“Masyarakat kita mesti memastikan bekalan petrol dapat bertahan untuk tempoh yang paling lama, dan kita perlu membina konsensus untuk menyokong usaha penjimatan penggunaan petrol,” katanya.

Terdahulu, beberapa media melaporkan kuota bulanan penggunaan RON95 di bawah program BUDI95 ‘berpotensi dikurangkan kepada 150 liter’ selari usaha kerajaan memastikan keterjaminan bekalan bahan api domestik dalam berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat.

BUDI95 untuk pembelian petrol bersubsidi masih boleh dinikmati rakyat Malaysia asalkan mengikut undang-undang sedia ada dengan penyelarasan kouta 200 liter sebulan mulai 1 April 2026.

Walaupun tiada garis masa diberikan, Liew dilapor berkata, ia boleh dilaksanakan memandangkan program BUDI95 mempunyai keupayaan menyediakan data penggunaan secara terperinci.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *