Tahun Naga Diharap Pacu Ekonomi Lebih Hebat Di Bawah Kepimpinan PM Anwar – Jame Stephen

Jame Stephen menekankan kepentingan memulihkan ekonomi dalam Tahun Naga di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Jame Stephen

BINTULU, 11 Feb – Rakyat Malaysia pasti menanti penuh harapan agar Tahun Naga akan memacu pemulihan ekonomi yang berkesan, meningkatkan daya saing negara dan menarik lebih banyak pelaburan asing.

Menurut pemimpin KEADILAN Sarawak Jame Stephen menegaskan pentingnya juga memperkukuhkan nilai ringgit Malaysia sebagai salah satu komponen memulihkan ekonomi negara.

Jame berpandangan dengan kestabilan politik kini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dapat menjadi tarikan utama kemasukan pelaburan asing, memberikan dorongan penting untuk pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

“Kestabilan politik di Sarawak boleh dijadikan asas di mana pendekatan negeri ini yang mengutamakan kesamaan etnik sepatutnya menjadi panduan untuk seluruh Malaysia menerusi agenda Malaysia MADANI dan falsafah ‘Segulai Sejalai’.

“Kebersamaan dalam perpaduan dan hidup bersama di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini menjadi tonik untuk merapatkan hubungan di peringkat kebangsaan,” katanya ketika diminta mengulas naratif Tahun Baharu Cina di sini, pada Sabtu.

Jame Stephen menekankan kepentingan memulihkan ekonomi dalam Tahun Naga di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Jame Stephen

Namun, Jame juga menekankan keperluan untuk menolak isu-isu perkauman dan agama dengan menekankan pentingnya memberi tumpuan kepada pendidikan sebagai asas pembangunan ekonomi yang kukuh.

“Saya berharap kepimpinan Perdana Menteri akan meneruskan pengurusan sumber yang cekap dan dapat membawa kepada peningkatan kualiti hidup terutamanya infrastruktur demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Katanya, dengan harapan tinggi terhadap era baru yang diimpikan, rakyat Malaysia menanti dengan penuh keyakinan dan hanya masa yang akan menentukan sejauh mana Tahun Naga akan membawa transformasi positif kepada negara ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *