Tahap Kesihatan PM Anwar Sangat Baik – Pengarah HSIS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok, Russia atas jemputan Presiden Vladimir Putin pada 4 September 2024.
SERDANG, 21 Jun – Meskipun mempunyai jadual padat setiap hari, namun pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), di sini mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan sangat baik.
Menurut laporan, hasil pemeriksaan menunjukkan, tahap kesihatan Perdana Menteri mampu menjalankan tugas rasmi beliau seperti biasa.
Dapatan tersebut dikongsi Pengarah HSIS Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, hasil dariapada keputusan tersebut menunjukkan Perdana Menteri dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa.
Dr Farique Rizal berkata, pemeriksaan kesihatan itu adalah sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas.
“Pemeriksaan kesihatan ini adalah sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia dalam menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi,” katanya.
Untuk rekod, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah menjalani pemeriksaan sama pada 11 Ogos tahun lalu juga di fasiliti kesihatan yang sama.
Ketika itu, Jabatan Kesihatan Selangor memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

