Syed Saddiq, Bella Astillah Bakal Nikah 28 Mac?

Khabar angin mendakwa mereka bakal bergelar suami isteri rancak menjadi bualan ramai selepas usahawan dan pelakon, Ben Ali memberi bayangan tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq adalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah didakwa bakal melangsungkan hari bahagianya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac depan, selepas spekulasi mereka mendirikan rumah tangga kembali menjadi bualan ramai,

Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selain tular foto kain rentang atau banner memaparkan tanda pagar #BellaSyedyes tergantung di sebuah bangunan.

Foto tersebut membuatkan peminat pasangan yang dikenali sebagai BASS itu teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia tersebut.

Khabar angin mendakwa mereka bakal bergelar suami isteri rancak menjadi bualan ramai selepas usahawan dan pelakon, Ben Ali memberi bayangan tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq adalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Beberapa hari lalu, khabar angin mendakwa mereka bakal bergelar suami isteri rancak menjadi bualan ramai selepas usahawan dan pelakon, Ben Ali memberi bayangan tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq adalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” katanya dalam ruangan komen.

Menurut beberapa komen lain, ada yang mendakwa tema busana majlis tersebut berwarna kuning.

Keputusan Syed Saddiq tidak kembali sebagai Presiden Muda menunjukkan karier politiknya kini hampir berakhir.

Bagaimanapun, Bella mahu pun Syed Saddiq masih kekal mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Terdahulu, Bella, 32, sering mengelak memberi respons mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah setiap kali ditanya media.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *