Sweden Alu-Alukan Turkiye Segera Ratifikasi Keanggotan Dalam NATO

Penggubal undang-undang menghadiri sesi sebelum mengundi rang undang-undang mengenai penyertaan Sweden ke NATO, semalam, di Perhimpunan Kebangsaan Besar Turki (TBMM) di Ankara. Foto AFP
COPENHAGEN, 24 Jan – Kerajaan Sweden menyambut baik kelulusan Parlimen Turkiye, semalam, mengenai penyertaan negara Nordik itu dalam NATO dan menggesa Presiden, Recep Tayyip Erdogan memuktamadkan ratifikasi itu secepat mungkin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Hari ini, kami satu langkah lebih dekat untuk menjadi ahli penuh NATO,” tulis Perdana Menteri, Ulf Kristersson di X, pada petang semalam.
Menteri Luar, Tobias Billstrom juga menyambut baik berita dari Ankara itu.
“Sudah tentu bagus bahawa Parlimen Turkiye kini telah mengundi menyokong (penyertaan Sweden ke NATO),” katanya kepada stesen radio SVT.
Langkah seterusnya adalah bagi Erdogan untuk menandatangani protokol penyertaan dan menerbitkannya dalam Warta Rasmi.
Billstrom berkata ini sepatutnya berlaku secepat mungkin – tidak ada alasan untuk menunggu sehingga Parlimen menyelesaikan peranannya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
