Palestin: Malaysia Telah Sampaikan Hasrat Kepada Setiausaha Agung PBB – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah menyampaikan hasrat Palestin menjadi anggota rasmi PBB di New York pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 JanMalaysia telah menyampaikan hasrat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh pertubuhan itu dan gesaan gencatan senjata, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan sendiri oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB itu di New York, semalam.

Katanya, gesaan Malaysia itu seiring dengan kenyataan Gutteres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

“Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak. Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah menyampaikan hasrat Palestin menjadi anggota rasmi PBB di New York pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai Ibu Kota.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan akan memulakan Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB sebagai menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia menuntut keadilan dan keamanan Palestin.c

Poskad khas itu adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota dan menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.

“Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad,” katanya.

Kempen itu turut disertai barisan Jemaah Menteri yang menandatangani poskad tertera ayat We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now!.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *