Suspek Kes Menghendap Wanita Dalam Bilik Mandi Ditahan

Suspek seorang lelaki tempatan berusia anggaran 30 tahun disyaki terlibat dengan kes yang disiasat pada 21 Mei 2026. Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 22 Mei – Seorang wanita tiba-tiba ternampak seorang lelaki tidak dikenali sedang mengintai dirinya yang berada dalam bilik mandi semasa berada di rumah di PPR Gudang 4, di sini semalam.

Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Berdasarkan semakan CCTV di kawasan rumah pengadu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau dan Balai Polis Bombalai telah mengesan dan berjaya menahan suspek seorang lelaki tempatan berusia anggaran 30 tahun disyaki terlibat dengan kes yang disiasat,” YDH ACP Jasmin bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sehelai baju dan seluar disyaki pakaian digunakan suspek semasa menghendap.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Oleh Polis Daerah Tawau

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *