Sungai Bakap ‘Gadis Jelita’ Yang Jadi Rebutan Calon-Calon PRK

Ketua Wanita KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek bersama jentera wanita pasti akan melakukan yang terbaik bagi merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap dari tangan pembangkang pada Julai nanti. Foto Noraini Nordin

PENDAPAT, 2 Jun – Sungai Bakap kini mula menjadi tumpuan umum setelah kerusi wakil rakyat DUN tersebut kosong berikutan kematian ADUNnya iaitu Nor Zamri Latif pada 23 Mei lalu di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ibarat ‘gadis jelita’ yang menjadi rebutan sang jejaka begitulah pesona DUN Sungai Bakap yang bukan sahaja menjadi perhatian umum tetapi juga menjadi rebutan bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti masing-masing pada PRK nanti.

Sejak kekosongan luar jangka kerusi DUN N.20 Sungai Bakap diumumkan kumpulan penyelidik daripada pelbagai parti sudah mula melakukan risikan kalangan penduduk kawasan tersebut.

DUN Sungai Bakap kini menjadi perhatian seluruh negara bagi menguji medan kekuatan semasa antara Kerajaan Perpaduan dan pembangkang yang jelas tidak mampu berbuat apa-apa. Foto Noraini Nordin

Wakil- wakil pelbagai parti juga ‘turun padang’ silih berganti siap siaga untuk menawan Sungai Bakap.

Rumah-rumah penginapan serta hotel sudah mula ditempah sehingga penghuiung Julai.

Begitu juga di kawasan persekitaran termasuk Batu Kawan, Seberang Jaya dan seluruh Parlimen Nibong Tebal.

Selain itu penginapan di Kulim juga turut mengalami tempahan mendadak yang ada kaitan dengan PRK Sungai Bakap.

MEDAN UJIAN MENGUJI PENGARUH

Ketua Wanita KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek bersama jentera wanita pasti akan melakukan yang terbaik bagi merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap dari tangan pembangkang pada Julai nanti. Foto Noraini Nordin

Suhu politik di Sungai Bakap juga pasti panas kerana DUN ini sekali lagi menjadi medan untuk parti-parti bertanding menguji tahap sokongan masing-masing khasnya bagi calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

ARUS SOKONGAN MULA KEMBALI KEPADA PH

Tinjauan awal penulis di Sungai Bakap mendapati arus sokongan sudah mula kembali kepada PH berbanding dengan parti lawan.

Melalui temu bual dengan pengundi – kesedaran terhadap perlunya ADUN yang dipilih mesti selari dengan kerajaan negeri dan Persekutuan sudah meningkat.

Yang celik politik yakin banyak kelebihan apabila ADUN bersama kerajaan dari peringkat negeri hingga pusat, berbeza jika ADUN dari parti pembangkang.

Jika arus terus memihak kepada PH dan diterjemahkan pada kertas undi dalam PRK ini bermakna bendera PH kembali megah berkibar di bumi Sungai Bakap.

Untuk rekod – Nor Zamri mendapat undi 15,433 .
Calon Pakatan Harapan – Nurhidayah Che Rus meraih 13,870.

Keputusan PRU DUN ke-15 bagi kerusi Sungai Bakap menyaksikan calon Pakatan Harapan tewas lebih 1,500 undi pada 12 Ogos tahun lalu.

Pengundi Melayu adalah 59.4 peratus, kaun Cina 22.5 peratus, India 17.8 peratus manakala lain-lain kaum sebanyak 7 peratus.

  • Oleh Noraini Nordin

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *