Sultan Johor Titah Tak Terima Permohonan Menghadap Hingga 31 Januari

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima sebarang permohonan menghadap sehingga 31 Januari ini. Foto Bernama
JOHOR BAHRU, 6 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Januari ini.
Sultan Ibrahim bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.
“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.
“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hari ini.
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Januari ini untuk tempoh lima tahun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
