Sudah Sampai Masa WTO Lakukan Reformasi Menyeluruh – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala pada sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

RIO DE JANERIO, 7 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO Dr Ngozi Okonjo-Iweala di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata sudah sampai masanya wujud keperluan untuk pertubuhan perdagangan itu diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu semasa dan masa depan.

“Isu-isu seperti kecerdasan buatan (AI), perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun wajar ditangani WTO,” ujar Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala pada sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kunjungan hormat Okonjo-Iweala itu diadakan bagi membincangkan peranan pertubuhan tersebut dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.

“Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif,” ujar Anwar lagi.

Anwar dan Okonjo-Iweala berada di bandaraya kedua terbesar Brazil ini selepas Brasilia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 dan ini merupakan pertemuan kedua selepas Okonjo-Iweala mengadakan kunjungan hormat di Putrajaya pada 6 Disember tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala pada sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, Okonjo-Iweala merupakan ahli ekonomi dari Nigeria yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah WTO sejak Mac 2021 sehingga kini.

Beliau adalah wanita pertama dan individu pertama dari benua Afrika yang menerajui pertubuhan itu sebagai ketua tertinggi pertubuhan yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar tiba di sini pada Sabtu atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva untuk menghadiri sidang kemuncak itu yang berlangsung pada 6 hingga 7 Julai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala pada sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *