SU Pertahanan AS, Presiden Boeing Global Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar Di Singapura

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura pada 31 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SINGAPURA, 31 Mei – Antara perkara yang menjadi topik perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, ketika menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 di sini ialah usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim antara kedua-dua negara.

Ketika menerima kunjungan hormat Hegseth, Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025 turut menzahirkan penghargaan ke atas pembabitan AS di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura pada 31 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar memaklumkan bahawa ketika lawatan kerja ke Singapura, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global, Brendan Nelson.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan para pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura pada 31 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ketika kunjungan Presiden Boeing Global, Brendan Nelson, kami menggunakan ruang itu bagi membincangkan keselamatan maritim, modenisasi aset dan pelaburan dalam pendidikan, selain kolaborasi dengan pemain industri tempatan terkait latihan, kerjasama strategik serta pembangunan ekosistem penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pertemuan itu mampu melonjakkan lagi kepentingan Malaysia dalam bidang pertahanan pada peringkat serantau dan juga global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global, Brendan Nelson ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura pada 31 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, Boeing merupakan antara pengeluar pesawat komersil terbesar dunia selain Airbus Industrie dengan Malaysia dan Singapura antara negara yang paling banyak memperolehi pesawat keluaran syarikat yang berpangkalan di Evrett, Washington itu.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di sini bagi menghadiri persidangan berprestij pertahanan dan keselamatan serantau di Asia Pasifik, dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global, Brendan Nelson ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura pada 31 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *