STR: Fahmi Cadang MOF Bantu Individu Terhenti Terima Bantuan

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil beramah mesra dengan penghidap penyakit kencing manis, Yusnizam Mohammed Yusop, 42, pada program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang pada 14 September 2025. Foto Kementerian Komunikasi

BUKIT MERTAJAM, 14 Sep – Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteliti semula, agar penerima yang menikmati kenaikan gaji tetapi bantuan dihentikan, masih layak menerima bantuan itu.

Menteri Komunikasi itu berkata, walaupun pendapatan sebahagian individu meningkat, mereka masih memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan dan sebarang tindakan pemberhentian bantuan akan menjejaskan keadaan mereka.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil beramah mesra dengan penghidap penyakit kencing manis, Yusnizam Mohammed Yusop, 42, pada program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang pada 14 September 2025. Foto Kementerian Komunikasi

“Saya ambil maklum ada dalam kalangan penerima yang sebelum ini menerima STR tetapi apabila mereka bekerja dan mendapat kenaikan gaji, kelayakan mereka terhenti. Jadi, had kelayakan STR itu wajar diteliti semula.

“… mungkin saya nak cadangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menilai perkara ini memandangkan kita menyaksikan ada kenaikan gaji,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga menerusi program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang, di sini hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil semasa sidang media selepas beramah mesra dengan penghidap penyakit kencing manis, Yusnizam Mohammed Yusop, 42, pada program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang pada 14 September 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan.

Terdahulu, Fahmi menziarahi remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Arnisya Roslan, 14, serta Yusnizam Mohammed Yusop, 42, yang menghidap penyakit kencing manis, menerusi program Ziarah Kasih Komuniti MADANI, iaitu inisiatif kerajaan bagi menyantuni golongan memerlukan dan memahami permasalahan yang dihadapi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *