Srikandi KEADILAN Bidas Tohmahan Umno Siswa Dakwa PM Anwar Tak Konsisten

Ketua Srikandi KEADILAN, Nurhidayah Che Rose berkata, kenyataan UMNO Siswa, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhubung isu harga minyak pada 27 Mac 2026.
PULAU PINANG, 27 Mac – Tuduhan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sebuah persatuan mahasiswa di Pahang tidak konsisten berhubung isu harga minyak adalah tidak berasas.
Ketua Srikandi KEADILAN, Nurhidayah Che Rose berkata, kenyataan UMNO Siswa, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhubung isu harga minyak tersebut adalah bersifat terpilih dan berpotensi mengelirukan rakyat.
Katanya, kerajaan hari ini terus mengekalkan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat dan ia satu keputusan sukar yang menuntut tanggungjawab, bukan retorik.

“Srikandi KEADILAN menghargai kematangan kepimpinan UMNO di peringkat pusat yang memahami keperluan membuat keputusan secara kolektif dalam Kerajaan Perpaduan.
“Justeru, UMNO Siswa disaran mendapatkan penjelasan penuh daripada pimpinan parti dan menteri-menteri UMNO agar kenyataan yang dikeluarkan selari dengan pendirian kerajaan.
“Komunikasi dalaman perlu diperkasakan bagi mengelakkan kekeliruan awam,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO Siswa wajar menarik semula kenyataan tersebut setelah memperoleh gambaran sebenar demi memastikan perbahasan awam kekal matang dan berasaskan fakta.
“Rakyat berhak kepada kebenaran yang lengkap, bukan naratif separuh benar yang mengelirukan,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
