SPRM Teruskan Siasatan Aset Mahathir Di United Kingdom

Mahathir tiba di pintu apartment Hyde Park, London pada 22 September 2018 semasa mengadakan lawatan ke United Kingdom. Foto Arkib

PUTRAJAYA, 9 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kini pihaknya sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset milik bekas Perdana Menteri itu.

“Siasatan terhadap Tun M masih lagi dijalankan dan SRPM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa UK berhubung aset-aset yang dimilikinya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Bernama

“Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 2016, Mahathir menafikan beliau mempunyai aset bernilai berbilion dolar setelah dicabar mengisytiharkannya.

Sebuah kumpulan yang menyokong Najib Razak, Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), sebelum ini mendakwa Mahathir mempunyai banyak aset di Argentina, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Langkawi dan Subang Jaya.

Buku Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain mendedahkan sisi gelap bekas perdana menteri itu yang sehingga kini tidak diambil tindakan undang-undang.

Pemimpin NGO itu Ramesh Rao membangkitkan dakwaan dalam buku Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *