SPRM Sahkan Rafizi Akan Dirakam Keterangan Isnin Ini

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada 4 Mei 2026 jam 10 pagi bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Rafizi Ramli untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya susulan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini jam 10 pagi bagi membantu siasatan.

“Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa,” katanya.

Mohd Hafaz berkata, kes membabitkan Rafizi disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Seksyen berkenaan memperuntukkan kesalahan salah guna kuasa atau kedudukan oleh pegawai badan awam untuk mendapatkan suapan. Ia berlaku apabila seseorang pegawai menggunakan jawatan/kedudukannya untuk membuat keputusan atau tindakan bagi kepentingan diri sendiri, saudara, atau sekutu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *