SPRM Lumpuh Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan ATM

SPRM menahan lima pegawai kanan ATM yang disyaki dalang sindiket penyeludupan di selatan tanah air pagi 13 Ogos 2025.
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan di selatan tanah air disyaki didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Ops Sohor, nama operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) itu berjaya menahan lima pegawai kanan tentera di sekitar Lembah Klang sejak operasi dilancarkan pada jam 6.30 pagi tadi.
Turut ditahan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia dengan semua mereka berusia lingkungan 30 sehingga 55 tahun.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sementara itu, sumber mendedahkan, siasatan awal mendapati lima pegawai kanan ATM itu menjadi suspek utama dipercayai membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup.
Katanya, mereka juga disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok dan barang lain dari negara jiran ke Malaysia yang semuanya bernilai kira-kira RM5 juta sebulan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
