Soalan Dan Jawapan Isu BlackRock, GIP Dan MAHB

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Bernama
“𝗠𝗔𝗛𝗕 𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗚𝗜𝗣 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥𝗣𝗢𝗥𝗧?” 𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨
Sumber: Azreen Hanafiah (X @azreehanifiah)
Disusun: ✍️ Ahmad Mursi
Sebenarnya, pengurusan tertinggi Khazanah dah jawab semua soalan ini dari bulan lepas lagi. Saya cuba ringkaskan interview BERNAMA dengan Amirul Feisal & Ahmad Zulqarnain di bawah ini.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟮: “𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗘𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚?”
Kita nampak kita untung tetapi sebenarnya kita rugi grab peluang potensi yang ada.
(1) Potensi Penerbangan: Malaysia mempunyai potensi besar untuk meningkatkan sambungan penerbangan dan menarik lebih ramai pelancong serta pelabur dari seluruh dunia.
(2) Prestasi Sebelum Pandemik: Pertumbuhan pelancongan masuk Malaysia dalam 10 tahun yang lalu hanya sekitar 1% setahun. Negara jiran seperti Singapura dan Thailand mencatatkan pertumbuhan sekitar 8% setahun.
(3) Perbandingan Laluan Jarak Jauh: Kuala Lumpur hanya mempunyai 22 laluan penerbangan jarak jauh. Singapura mempunyai 40 laluan penerbangan jarak jauh. Thailand pula mempunyai 55 laluan penerbangan jarak jauh.
(4) Pertumbuhan Penumpang: IATA menjangkakan CAGR sebanyak 4.5% bagi penumpang dalam tempoh 20 tahun akan datang.
(5) Pelaburan Rantau: Thailand telah melabur sebanyak RM6.6 bilion dalam infrastruktur lapangan terbang mereka. Indonesia pula melabur RM12.0 bilion untuk memperbaiki dan memperluas lapangan terbang mereka. Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hanya melabur RM1.4 bilion dalam tempoh yang sama.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟯: “𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗥𝗜𝗩𝗔𝗧𝗜𝗦𝗘 𝗠𝗔𝗛𝗕?”
(1) Keputusan Strategik Lebih Efisien: Keputusan strategik dapat dibuat dengan lebih cekap dan tepat pada waktunya termasuk keputusan untuk pelaburan jangka panjang.
(2) Fokus Kepimpinan Tertinggi: Kepimpinan tertinggi boleh fokus untuk memperbaiki kedudukan kompetitif perniagaan di pasaran.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟰: “𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗟, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗟𝗨𝗔𝗥?”
Hampir semua airport dalam Malaysia ini memang diuruskan oleh MAHB. Jadi syarikat lokal yang paling expert dalam Malaysia soal airport adalah MAHB. Kalau nak cari strategic partner lain, mestilah mereka cari yang boleh menyumbang benda yang MAHB tak ada.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟱: “𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗔𝗦𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔?”
Sebenarnya, Khazanah tidak menjual MAHB sama sekali. Malah Khazanah mahu meningkatkan pegangan saham daripada sekitar 33% kepada 40%. Campur dengan EPF, Malaysia akan pegang 70% saham MAHB. Lebih tinggi daripada sebelum ini. Pelabur ADIA & GIP akan gantikan short term investor memandangkan memang sebelum ini jumlah pegangan asing adalah 27%.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟲: “𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗣𝗔 𝗚𝗜𝗣 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗨 𝗗𝗛𝗔𝗕𝗜 𝗜𝗡𝗩𝗘𝗦𝗧𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗔𝗨𝗧𝗛𝗢𝗥𝗜𝗧𝗬 (𝗔𝗗𝗜𝗔)?”
ADIA pegang 5%, manakala GIP akan pegang 25% saham. GIP ada kepakaran mereka tersendiri:
(1) Sebagai Contoh Lapangan Terbang Edinburgh: Sejak GIP mengambil alih pada 2012, penumpang meningkat dari 9.2 juta (2012) kepada 14.4 juta (2023). Bilangan destinasi meningkat dari 141 kepada 225.
(2) Bandingkan Dengan Lapangan Terbang Glasgow: Trafik penumpang meningkat daripada 7.2 juta kepada 7.4 juta dalam tempoh yang sama.
(3) Di Lapangan Terbang Sydney: Masa menunggu keselamatan berkurangan lebih 60% kepada 11 minit.
(4) Lapangan Terbang Gatwick: Penggantian kereta api selesai dalam 10 bulan. Kelancaran penumpang meningkat dari 220 kepada 550 penumpang sejam. Trafik penumpang meningkat 9 juta lebih sejak GIP mengambil alih.
ADIA pula salah satu syarikat sovereign wealth fund terbesar di dunia.
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟳: “𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟯𝟬% 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗜𝗣 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗠𝗔𝗛𝗕?”
Diorang boleh la bagi cadangan apa nak buat, tapi kata putus akhir masih lagi Malaysia yang pegang. Khazanah 40%, EPF 30%, GIP 25% sahaja.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web



