Chiew Harap Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Miri Diberi Keutamaan

Chiew menunjukkan ucapannya yang menyenaraikan beberapa permohonan penting untuk pembangunan Miri pada persidangan Parlimen ini.

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berharap kerajaan pusat, memohon supaya projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) yang dipohon oleh Kementerian Pengangkutan dapat diberi keutamaan dan diluluskan tahun ini.

“Ini kerana projek tersebut bakal memberi impak positif kepada penduduk di utara Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Chiew memberitahu, apabila tiba giliran beliau, perkara itu dan beberapa isu lain akan disampaikan dalam ucapannnya pada sesi mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat bermula semalam.

Menurutnya, ucapan beliau turut memohon kerajaan pusat memperluas Projek Rancangan Tebatan Banjir ke sekitar kawasan Senadin, Tudan dan Lutong bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

“Saya juga mahu memohon kepada kerajaan, susulan penyiapan bangunan baharu Hospital Miri untuk meneruskan perancangan bagi menyediakan perkhidmatan kepakaran kardiologi dan onkologi di hospital tersebut,” katanya.

Chiew berkata, lima perkara lain akan dibentang dan dipohon beliau ialah memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan dan mengangkat projek menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh bagi menyelesaikan masalah kesesakan jangka panjang.

Seterusnya, beliau memohon kerajaan memerhati dan menjelaskan mengenai projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Othman, SMK Tudan, bangunan Kolej Vokasional Miri yang melepasi jadual siap asalnya.

Chiew juga mahu memohon kerajaan pusat meluluskan Projek Pembangunan Revitalisasi Taman Awam Miri yang diangkat kepada Kementerian Ekonomi pada tahun lalu termasuk kos, skop kerja dan tempoh projek.

“Saya juga memohon kerajaan pusat memberi pertimbangan membina kampus cawangan IPTA di Miri seperti terdapat di Sibu dan Bintulu serta meletakkan Miri sebagai pilihan apabila memilih tapak baharu membina atau memindahkan politeknik,” jelasnya.

Tidak ketinggalan juga beliau memohon kepada kerajaan pusat supaya terus memandang serius terhadap penyelenggaraan bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Balai Polis Pusat Miri.

Ini kerana katanya, kedua-duanya memikul tanggungjawab utama dalam aspek keselamatan di Miri dan pastinya memerlukan penyelenggaraan rapi dan serius.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *