SNCC Mohon Izin PM Anwar Jadi Ketua Misi Hubungi Presiden Mesir

Ketua Pengarah SNCC, Ahmad Sany Araby ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 Oktober 2025.
KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengizinkan misi kemanusiaan Sumud Nusantara untuk misi kedua melalui jalan darat melalui sempadan Rafah di Mesir.
Ini kerana kata Datuk Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby, Perdana Menteri boleh menggunakan hubungan akrabnya bersama kerajaan Mesir bagi menghantar misi melalui negara tersebut ke Gaza.
“Secara langsung, saya terfikir untuk minta tetapi malam ini saya minta agar Perdana Menteri menggunakan saluran beliau kerana rapat dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil Al-Sisi.

“Kami mohon izin untuk Sumud Nusantara menghantar bantuan melalui darat, kita sudah tiada peluang lain lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Soladariti Gaza di Stadium Arena Axiata malam ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Sany Araby berkata, beliau juga mahu Perdana Menteri menjadi ketua misi (Chef de Mission) dalam pembebasan bumi Palestin.

“Saya juga harap agar Datuk Seri Anwar menjadi Chef de Mission agar Malaysia membebaskan Gaza dan membina semula kawasan tersebut,” jelasnya.
Terdahulu, Anwar tiba di himpunan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam diiringi laungan “Bebas Palestin” dan “Free Palestin” oleh ribuan hadirin bergema di segenap penjuru stadium tersebut.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
