Himpunan Gaza: ‘Tentera Rejim Isr@el Benci Tengok Pasport Malaysia’!

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkongsi pengalaman ketika ditahan oleh tentera Israel yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia.

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Disebabkan terlalu bencinya rejim Israel terhadap Malaysia, anggota tentera laut rejim itu bertindak membuang pasport aktivis negara ke lantai menurut perkongsian seorang pendakwah yang juga salah seorang wakil negara ketika ditahan di penjara.

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkongsi pengalaman ketika ditahan oleh tentera Israel yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia.

Beliau berkongsi perkara berkenaan ketika menceritakan pengalamannya pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkongsi pengalaman ketika ditahan oleh tentera Israel yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia.

“Perkataan cacian akan keluar jika mereka nampak pasport Malaysia.

“Bila mereka minta pasport, saya cuba sorok kerana tidak mahu menyulitkan keadaan. Tetapi apabila mereka melihat pasport Malaysia, saya dengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara kita. Mereka marah terhadap pasport kita , bagi saya itu satu kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, sukarelawan, Farah Lee, turut berkongsi pengalaman ditahan bersama beberapa aktivis lain.

Aktivis Sumud Nusantara, Farah Lee (kanan), Heliza Helmi dan Nursyazwani Helmi menyeru seluruh rakyat bangkit meneruskan perjuangan rakyat Palestin yang terkepung di Gaza pada 8 Oktober 2025.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk menatap setiap mata askar Israel. Kami membuat protes (ketika dalam tahanan) kerana tidak diberikan air selama empat hari. Kami bertegas kami tidak akan masuk sel melainkan diberi air,” kongsinya.

Farah menceritakan protes yang berlanjutan antara setengah jam hingga sejam sehingga tentera memberitahu mereka akan menggunakan kekerasan jika tidak kembali ke sel secara sukarela.

“Saya berjuang untuk rakan-rakan saya demi hak manusia kami hanya menuntut air bersih, kami tidak melakukan kesalahan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika diwawancara Ismail Adnan sebelum ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena pada 8 Oktober 2025.

“Walaupun dipaksa balik ke sel, saya masih berani, menatap mata-mata mereka. Meskipun mereka bersenjata, dalam pandangan mereka ada ketakutan kerana mereka tahu mereka bersalah,” tambahnya.

Sebelum ini, kapal dinaiki 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas tentera Israel sebelum dibawa ke penjara Penjara Ktzi’ot di Negev.

Mereka termasuk Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah, Farah Lee, Zizi Kirana, Danish Nazran Murad, dan Ardell Aryana.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Turut ditahan ialah PU Rahmat, Musa Nuwayri, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Iylia Balqis, Sul Aidil, Zulfadhli Khiruddin, Rusydi Ramli, Razali Awang, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak, Zainal Rashid, Ustaz Muhammad Abdullah, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Luqman Zulkefli, dan Taufiq Mohd Razif.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *