Sheqal Kembali Ke Rahmatullah

Sheqal ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar baru-baru ini. Foto Facebook Ayob Abd Majid

SEREMBAN, 17 Jun – Penyanyi, Sheqal meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini jam 12.31 tengah hari, hari ini.

Perkara ini disahkan isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, kepada Harian Metro.

Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin, 60, dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun dan ditidurkan pada 6 Jun lalu.

Menerusi perkahwinan dengan bekas isteri, Raja Ema, Sheqal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.

Manakala perkahwinan dengan Norma dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah bin Shaharim, 21, dan Ummu Hani binti Shaharim, 20.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Nusantara itu perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir tiga tahun lepas. Sheqal turut menghidap sakit buah pinggang tahap empat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *