Setiap Nyawa Rakyat Malaysia Amat Berharga – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjamin. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 1 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap nyawa rakyat Malaysia amat berharga dan Kerajaan Madani kini sedang memantau perkembangan semasa susulan pergolakan yang memuncak di Asia Barat.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata, kerajaan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.
“Setiap nyawa rakyat Malaysia amat berharga bagi saya, dan Kerajaan Madani sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa serta mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan mereka sentiasa terjamin.
“Kepada Allah SWT kita berserah, semoga mereka sentiasa dilindungi, dipermudahkan urusan dan dipelihara daripada segala bahaya. Hasbunallahu wa ni‘mal wakil,” katanya.
Tambahnya, Kementerian Luar Malaysia menerusi kedutaan di negara terlibat telah diberikan mandat penuh untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Terdahulu, situasi keselamatan di rantau Asia Barat dilaporkan semakin tegang, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan warga asing termasuk rakyat Malaysia yang berada di kawasan terlibat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

